Monday, 26 November 2018

Resepi Kuih Penyaram

Pemyaram / Cucur Jawa / Kuih Topi

Assalammualaikum koranggg !!
Ramai antara kita yang minat dengan kuih ni tapi tak tahu resepi.Asyik tahu makan jer kannn 😅😂 buatnya tak reti 😅.

Ok kali ni saya share resepi kuih Penyaram atau ada sesetengah orang gelar dengan kuih topi ataupun cucur jawa😊.Resepinya memang mudah dan senang nak ingat,tapi tu lahhh,kuih ni lain macam sikit.Silap sikit dah tak menjadi.Jom cek resepi !!

🌹Kuih Penyaram🌹
📌Bahan bahan
1.Tepung Gandum 2 cwn
2. Tepung Beras 2 cwn
3.Gula biasa 1 cwn
4.Gula Merah 1 cwn(nak guna gula apong pun boleh,lagi sedap)
5.Air 2cwn
6.sedikit garam
7.Daun pandan(tak letak pun boleh)

📌Cara Cara
1.Masukkan air ,gula biasa,gula merah ,garam dan daun pandan kedalam periuk dan larutkan.
2.Setelah larut boleh masukkan tepung gandum dan tepung beras.Gaul sehingga sebati.
3.Setelah sejuk,tapis adunan.
4.Letak adunan didalam peti sejuk semalaman,dan sedia untuk di goreng.


📌Sebenarnya adunan menjadi jugak kalau tak peram semalaman.Cukup 2 ke 3 jam peram pun dah boleh goreng.

📌Goreng  kuih menggunakan minyak yang sedikit,cukup untuk mengoreng sebiji kuih,Gunakan api yang perlahan.

📌Gunakan sudu yang sama semasa menuang adunan kedalam kuali agar size kuih sama.

📌sekiranya adunan terlalu pekat,tambahkan sedikit air.

🌹Selamat mencuba semua !!! 😘😘


No comments:

LANGKAH MENUKAR MATA GANJARAN TOLUNA KE AKAUN PAYPAL

Salam sejahtera semuaaa ! 🤓 Pasti sudah ramai yang menyertai servey berbayar bukan🤓,antaranya Toluna. Bagi pengikut baru Toluna,...