Monday, 26 November 2018

Resepi Doh Karipap Rangup Tahan Lama


Hai Koranggg ! Assalammualaikum ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š
Kali ini Saya akan kongsikan resepi Doh Karipap Rangup Tahan Lama.Hmm๐Ÿค”๐Ÿค”...Pernah tak korang buat karipap lepas goreng  pagi elok jer rangup garing,dah ke petang nak makan dah lembik๐Ÿ˜…..
Ok jom saya share cara buat doh yang memang mudah dan berjaya mengekalkan kerangupan karipap ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

๐Ÿ“ŒDoh Karipap
Bahan Bahan
1.Tepung  Gandum 3cwn
2.Minyak 1cwn(panaskan)
3.garam 1sdk
4.air 1/2 cwn
(Bahan ni sebenarnya korang  boleh main agak agak jer yang penting minyak kena banyak dari air)

๐Ÿ“ŒCara Cara
1.Masukkan tepung & garam dalam bekas yang selesa untuk korang gaul.
2.Masukkan sedikit air,dan sebatikan dengan tepung.
3.Masukkan minyak yang sudah di panaskan terlebih dahulu,tuang sahaja di dalam tepung  tadi dan uli sehingga menjadi doh.
4.Sekiranya doh belum boleh di adun,hanya tambahkan minyak (bukan yang panas)
5.Uli sehingga doh benar benar sedia untuk di guna.

*resepi ni lah saya guna untuk berniaga,alhamdulillah ramai peminat beliau ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜…

๐Ÿ“Œmenggoreng karipap,guna api sederhana kecil sahaja.Biar karipap masak sekata secara perlahan.Insyallah karipap korang akan kekal rangup lebih lama.

๐Ÿ“Œbagi memastikan  karipap tidak terbukak ketika di goreng,letak air sebelum mengkelim karipap.

๐ŸŒนSelamat mencuba !!! ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

**Insyallah,Inti karipap akan saya kongsi next siaran.๐ŸŒน๐Ÿ˜˜

No comments:

LANGKAH MENUKAR MATA GANJARAN TOLUNA KE AKAUN PAYPAL

Salam sejahtera semuaaa ! ๐Ÿค“ Pasti sudah ramai yang menyertai servey berbayar bukan๐Ÿค“,antaranya Toluna. Bagi pengikut baru Toluna,...