Skip to main content

KISAH PUTERI SYURGA,AULIA


Tali pengikat kakimu jadi kenangan

KISAH PUTERI SYURGA,Aulia.Semoga cerita ini jadi penguat semangat buat ibu yang mempunyai bayi pramatang.

Kisah Tahun lepas,tapi baru tahun ini saya ada kekuatan untuk menulis.πŸ˜”


13 / 12 / 2017
 Lokasi : Rumah ,6.30 a.m
Seawal pagi perut rasa memulas,rasa tidak selesa.Jika contraction mustahil,masih terlalu awal 27minggu usia kandungan.Kalau ya mungkin saja hendak bersalin seperti anak no3.Pramatang 27 minggu November 2011.
Naluri keibuan,semua akan dapat merasa bila contraction sebenar sudah bermula.Lebih lebih lagi bila ini pengalaman melahirkan anak yang ke 6.Lebih banyak pengalaman bersalin.Cuma kali ni ada tanda darah yang banyak.Bukan seperti kandungan sebelumnya,yang hanya sedikit tanda darah.
Sakit semakin kerap,nak atau tidak kena ke hospital jugak.Di sebabkan saya ada sejarah kelahiran pramatang,sentiasa kena bersiap sedia bila tiba waktunya.

Lokasi : hospital ,7 a.m
Setibanya di hospital,kes saya di segerakan.Doktor bertugas memeriksa dengan teliti,waktu contraction di kira.Mereka hubungi wad bersalin untuk menyediakan apa yang patut.Sesampai di wad,proses bertukar baju wad berlaku dengan pantas.Seperti biasa bukaan akan di periksa.Allahu...Bukaan sudah 8cm,riuh staff nurse yang bertugas waktu itu.Saya sempat di beri suntikan dexa(maaf kalau salah eja),fungsi mematangkan paru paru bayi .Cuma sempat sekali.Sempat nurse berpesan "jangan teran dulu".

10.15 a.m
Di segerakan ke bilik bersalin,kiraan jantung bayi sentiasa di pantau.Alhamdulillah,bacaan cantik.Tiada masalah dengan degupan jantung bayi.Nurse bertugas memberi penerangan tentang bayi pramatang.Saya mengiyakan semuanya kerana sudah faham tentang perkara itu.Oleh kerana sudah ada pengalaman menjaga bayi pramatang sebelum ini.

10.45 a.m
Tidak lama saya menikmati contraction,kekerapan contraction semakin kerap.Nurse yang bertugas memeriksa kepala bayi sudah di laluan atau belum.Satu pengalaman yang pertama kali saya dapat rasai bila bukan kepala tetapi kaki bayi berada di pintu laluan.Nurse menghubungi doktor yang bertugas waktu itu untuk mengurus kes saya.Belum sempat pihak doktor tiba,saya sudah melahirkan bayi saya dalam keadaan songsang.Disebabkan tubuhnya yang kecil,dan selaput air ketuban masih dalam keadaan tidak pecah,bayi meluncur keluar bersama selaput dan pecah ketika sudah berada diluar pintu bersama bayi.Hanya dengan sekali teran sahaja.Tangisan pertama darinya lambat kedengaran.Setelah di tepuk beberapa kali baru ada tangisan darinya.Oleh kerana saya tidak ada masalah apa apa,saya di benarkan keluar wad selepas sehari berehat di sana.Dan seperti biasa,bayi pramatang akan ditempatkan di NICU untuk jagaan rapi.

14 / 12 / 2017
Saya terima panggilan telefon dari pihak NICU,mereka meminta saya datang kesana untuk menandatangani surat kebenaran yang diperlukan untuk urusan Aulia.Ya Aulia,nama yang saya berikan padanya.Comel,putih kecil tubuhnya didalam incubator.Dengan wayar yang berselirat di tubuh kecilnya,tiada apa yang menyedihkan  ketika melihat situasinya.Bukan kerana saya tiada sifat keibuan,tetapi kerana saya tahu tiap wayar yang ada di tubuh kecilnya berfungsi untuk merawatnya,menenangkanya.Sesekali tubuh kecil nya mengeliat,kaki nya menendang nendang.Mungkin dia menyangka masih didalam rahim yang menenangkan.Rasa hangat didalam incubator membuatkan dia berasa selamat dan selesa .Menyentuh tubuh kecilnya.Bercerita dan memberi kata semangat untuknya.Saya tahu,dia mendengar dan faham semua yang saya katakan.Saya jaga emosi untuk tidak sedih.saya tahu,tiap apa yang saya rasakan pasti dia merasainya juga.

15 / 12 / 2018
Seawal pagi saya melihatnya..Memasuki ruangan NICU dengan langkah kaki yang bersemangat.Semangat untuk bertemunya.Menyentuh tiap susuk kecil tubuhnya,memberi kata semangat dan bercerita dengannya.Memerhati gelagatnya.Tubuh kecil seberat 1.13kg yang lasak bergerak walau sudah di beri ubat untuk dia berehat tetapi dia tetap melawan,memaksa dirinya untuk bernafas sendiri sedangkan dia belum boleh.Memerlukan alat bantuan pernafasan,bacaan jantung jadi tidak ok bila Aulia melawan mesin untuk bernafas sendiri.Doktor yang merawat nya menerangkn semua tentang dirinya,risiko dan banyak perkara lagi tentang dunia bayi pramatang.Sekali lagi saya mengiyakan.Kerana saya sudah faham dan maklum tentang semua itu berdasarkan pengalaman sebelumnya.Memiliki bayi pramatang sebelum ini membuatkan minda saya berkata "ok,Aulia disini untuk mencukupkan tempoh usia 9bulan,dan dia dirawat mengikut keperluan dirinya.Dan bila sudah tiba waktunya Aulia akan keluar wad.Alaa...Macam faris dulu..sama la ni.nanti ok la tu" itu yang saya set di kepala saya.Yakin yang dia akan bersama saya bila waktunya.

16 / 12 / 2018
10.00 a.m
Telefon berbunyi,tertulis "NICU" di skrin handfon.Sudah saya set awal nama itu sejak Aulia bersama mereka.Nurse meminta saya datang untuk menandatangani borang kebenaran.Saya dan suami bergegas ke NICU.Dalam kepala berfikir bukan bukan kerana hati terasa lain.Sampai di NICU,Doktor memberi keterangan berkenaan borang yang saya tandatangani.Tentang Memberi kebenaran untuk membuat satu proses(saya lupa namanya) bila bacaan jantung bayi turun.Doktor memaklumkan yang tadi bacaan jantung Aulia tidak cantik.Tiba tiba menurun.

1.00 pm
Sekali lagi pihak NICU menghubungi saya.Saya dan suami bergegas bertemu mereka.Doktor memaklumkan yang mereka membuat satu proses (saya tidak ingat nama proses itu)  bertujuan membantu bayi bernafas semula.Dan proses itu hanya boleh di buat sekali kerana risau akan kesan tidak baik kepada bayi seperti pendarahan dalaman.Saya mengiyakan tiap kata doktor tanpa banyak soal kerana tahu mereka lebih faham dan tahu apa perlu di buat.Doktor juga memaklumkan sekiranya bacaan jantung Aulia turun lagi,pihak mereka tidak bersedia untuk mengulangi proses tadi.Saya mengiyakan dan setuju kerana faham risiko yang bakal Aulia terima jika kami memaksanya.

6.00pm
Doktor memanggil saya dan suami.Keadaan Aulia tenat.Bacaan jantung semakin turun.Dalam keadaan tenat saya masih nampak tendangan kaki kecilnya tidak berhenti.Mengusap kepalanya,menyentuh jemarinya,sambil mulut saya berkata kepadanya "Sayang,umi tahu kau belum sedia untuk lahir.Sekiranya Allah mahukan mu,umi redha..pergilah kepadaNya.Sekiranya Allah mahu menitipkan mu kepada kami,Umi doakan Allah angkat semua kesakitan mu dan memudahkan urusan mu untuk terus hidup.Amin.."
Saat itu umi sudah bersedia jika Allah ingin mengambilmu.Ketika bacaan jantung mu turun dan semakin turun,Doktor meminta kebenaran untuk mecabut mesin bantuan pernafasan.Allahuakbar.Terpisahlah nyawa dan jasad mu.Tiada sedikit urusan mu yang sulit.Semuanya mudah,membawa jasadmu yang kecil balik kerumah.Menanti untuk pengebumian esok hari.

Sepanjang malam umi tidur di tepi jasadmu yang sudah tidak bernyawa.Sedikit tidak berganjak menanti mentari esok.Umi tahu,itu malam terakhir kita bersama.Umi kucup dahi mu yang dingin tanpa setitis air mata.Umi redha,Senyum melihat mu lena kerana umi tahu bidadari syurga sedang menghiburkan mu di sana.

Seawal pagi,Abah mu mempercepatkan semua urusan mu dengan bantuan saudara mara.Alhamdulillah Allah mudahkan setiap urusan mu.Hujan pagi itu berhenti seketika saat jasad tidak bernyawa mu di usung kelianglahad.Tiada setitis air mata saat itu,bukan kerana umi tidak ada perasaan kasih dan sayang.Tapi kerana redha,kerana redha atas kepergian mu,Allah pinjamkan Aulia untuk umi selama 3hari..Insyallah,umi tahu kita akan bertemu nanti di sana.. 🌹


Sijil Lahir Dan Sijil Kematian menjadi simpanan.

*Bila kita redha akan satu kepergian yang tidak kembali.Hati akan lebih tenang🌹

**Tiada gambar mu wahai anak syurga,Kenangan 3hari menjadi ingatan umi kepadamu.Hati umi tidak kuat untuk mengambil gambar mu saat itu.Setiap kisah kita tersimpan rapi dalam memori umi.

13 / 12 / 2017 10.45 a.m
16 / 12 / 2017 6.30 p.m
Nur Qistina Aulia
Al-Fatihah





Comments

Popular posts from this blog

Hasilkan Wang melalui INTERNET 2019 !!

Salam Sejahtera Semua πŸ˜ƒπŸ˜ƒ
Kali ni Saya akan tunjukkan cara untuk menghasilkan WANG tanpa sebarang Modal atau caj tambahan

Ianya melibatkan syarikat kaji selidik yang berdaftar dan memerlukan anda untuk menjawab semua soalan kaji selidik dari pihak mereka,kemudian anda akan menerima point atau bayaran dalam pelbagai nilaimatawang  seperti USD atau SGD yang akan dimasukkan keakaun ewallet seperti PayPal.

Ok,bagi yang TIDAK BERMINAT SILA ABAIKAN / BERHENTI MEMBACA πŸ˜…Bagi yang betul betul mahu memulakan sesuatu penghasilan wang yang BARU,sila BACA SAMPAI HABIS πŸ˜ƒπŸ˜…

Selepas menjawab soalan,anda akan di bayar dengan point atau wang dalam nilai USD 😍Dan point / wang tu boleh di cashOut melalui Akaun PayPal atau di tebus kepada kupon belian tertentu.

Apa tu akaun PayPal ??? Lihat sini πŸ‘‡πŸ‘‡


https://www.paypal.com/kn/webapps/mpp/account-selection


Sebelum memulakan sebarang penyertaan ke mana mana syarikat kaji selidik,Sila Wujudkan πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

πŸ“ŒAkaun Email atau Gmail πŸ‘‰ Setiap jemputan soalan kaj…

Resepi Doh Karipap Rangup Tahan Lama

Hai Koranggg ! Assalammualaikum 😊😊 Kali ini Saya akan kongsikan resepi Doh Karipap Rangup Tahan Lama.HmmπŸ€”πŸ€”...Pernah tak korang buat karipap lepas goreng  pagi elok jer rangup garing,dah ke petang nak makan dah lembikπŸ˜….. Ok jom saya share cara buat doh yang memang mudah dan berjaya mengekalkan kerangupan karipap 😍😍
πŸ“ŒDoh Karipap Bahan Bahan 1.Tepung  Gandum 3cwn 2.Minyak 1cwn(panaskan) 3.garam 1sdk 4.air 1/2 cwn (Bahan ni sebenarnya korang  boleh main agak agak jer yang penting minyak kena banyak dari air)
πŸ“ŒCara Cara 1.Masukkan tepung & garam dalam bekas yang selesa untuk korang gaul. 2.Masukkan sedikit air,dan sebatikan dengan tepung. 3.Masukkan minyak yang sudah di panaskan terlebih dahulu,tuang sahaja di dalam tepung  tadi dan uli sehingga menjadi doh. 4.Sekiranya doh belum boleh di adun,hanya tambahkan minyak (bukan yang panas) 5.Uli sehingga doh benar benar sedia untuk di guna.
*resepi ni lah saya guna untuk berniaga,alhamdulillah ramai peminat beliau πŸ˜˜πŸ˜πŸ˜…
πŸ“Œmenggor…